KONSEP FEMINISME DARI SUDUT PANDANG WANITA ISLAM ACEH

  • Cut Tasri Mirnalisa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Keywords: Aceh, Wanita Islam, Feminisme, Gender, Islam

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan wanita Islam Aceh terhadap faham feminis. Isu feminisme merupakan isu yang selalu hangat dibicarakan oleh masyarakat saat ini, kaum feminis yang menuntut hak kesamaan dan keadilan laki-laki yang mengatasnamakan diskriminasi gender. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperolehi melalui teknik temu bual. Seramai enam orang responden daripada wanita  Islam di Aceh telah ditemu bual untuk mendapat pandangan berkaitan feminisme. Kajian  dijalankan selama empat bulan di Aceh  Barat dan Banda Aceh. Hasil kajian menunjukkan konsep konsep feminisme yang dianut oleh Barat telah mempengaruhi wanita Islam dan melahirkan feminisme Muslim di Indonesia. Perjuangan golongan feminis yang terpengaruh meminta hak persamaan gender dan kebebasan wanita. Islam tidak membezakan antara lelaki dan perempuan kerana Al-Quran tidak mengajarkan diskriminasi, sebagai manusia dihadapan Tuhan lelaki dan perempuan mempunyai derajat yang sama hanya sahaja terletak pada implementasi dan peranan masing-masing dalam agama. Kajian ini mencadangkan kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi membendung merebaknya feminism dikalangan wanita Islam Aceh, serta memberi kesedaran ilmu dan pendedahan berkaitan feminism.

Published
2019-09-27